Custom Search

19.8.08

Bermulanya di sini...

Biar lah aku memperkenalkan diri. Aku telah menceburkan diri di dalam bidang internet selama 8 tahun. Sejak menamatkan pengajian di luar negara (belajar IT dengan Marketing), aku telah direkrut untuk bekerja di sebuah syarikat MSC yang agak terkenal di Cyberjaya.

Aku ni sebenarnya 'rebel' skit. Bila dah start kerja tu macam masuk sekolah balik pulak.... nak kena ikut time; punch in - punch out....pakai pakaian formal....dan macam2 lagi lah. Aku ni memang bukan jenis orang yang macam tu. Tak sampai 2 tahun saya dah fed-up. Jadi saya pun dengan selamber nye menghantar resignation notis. Kerja lain belum dapat lagi nih!

Tak sampai 2 bulan saya telah mendapat panggilan daripada sebuah advertising agency. Baru teringat yang aku ada hantar resume kat diorang tu masa balik ke Malaysia. Ceh...dah nak dekat 3 tahun baru nak call! Waaa...now I can wear t-shirt and jeans to work!! Tak sampai 3 tahun....

I want out!

Bukan nya sebab aku ni malas bekerja atau aku tak suka kerja aku...tapi aku ni memang jenis yang cepat jemu dengan apa yang aku buat. Lagi pun kerja makan gaji ni bukannya cukup. Gaji pun cukup2 makan tiap2 bulan...camana nak saving?

Aku diperkenalkan kepada internet di usia muda...sebab aku ni jenis yang 'curious'. Semua nak tau...semua nak try. Aku mula menceburi bidang internet dan belajar cara2 membuat 'side income' bila aku kerja ngan advertising company. Di situ aku banyak jumpa client dan org2 industry dan banyak di-expose kepada internet. Di dalam blog ini, aku akan 'share' dengan semua pembaca tentang pengalaman aku.

Di harap pengalaman saya ni akan serbik sedikit menolong anda dalam mendapat kan income sampingan...kalau nak buat full time pun boleh...tapi kena struggle la skit!

No comments: