Custom Search

21.8.08

Tips menjana duit melalui Adsense

Apakah Adsense? Secara singkat, Adsense adalah layanan iklan oleh Google, di mana pemilik website dapat mempamerkan iklan tersebut di website mereka dan mendapatkan income tambahan. Iklan-iklan tersebut mempunyai pelbagai bentuk berupa teks, gmabar dan video. Iklan2 ini menggunakan sistem 'contextual'; hanya iklan2 yang relevan atau sesuai dengan kandungan website akan dipamerkan. Perhatikan gambar berikut:
Kesemua iklan disimpan di server Google. Jadi kita tak perlu menyediakan ruang di server kita untuk tujuan ini. Click di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Adsense.

Di bawah, saya ada berikan beberapa tips untuk menjana pendapatan melalui Adsense:

1. Gunakan iklan Teks. Telah terbukti bahawa iklan teks lebih effektif berbanding iklan bergambar. Kebanyakan orang akan secara automatik mengendahkan iklan berbentuk gambar. Kelebihan iklan teks adalah kerana ianya boleh dimasukkan antara isi kandungan website anda. Dan ia akan kelihatan seperti sebahagian drpd isi kandungan anda.

2. Sesuaikan iklan anda. Ambillah masa untuk menggunakan 'color palate' di dalam adsense bagi memadankan iklan-iklan anda dengan stail website anda.

3. Pamerkan satu block iklan untuk satu halaman. Harus diingat bahawa tanpa trafik, tiada income. Pengunjung-pengunjung ke website anda berada di situ untuk mencari maklumat yang berguna, bukan iklan anda.

4. Kurangkan penggunaan 'link' yang tiada faedah. Pengunjung website anda berada di situ kerana mencari sesuatu dan anda mahukan mereka klik di iklan anda. Jika anda mempunyai terlampau banyak link ke website lain, anda akan kehilangan visitor anda.

5. Gunakan 'channels untuk mengetahui keberkesanan iklan anda. Gunakan fungsi 'channel' untuk mengetahui sama ada iklan-iklan anda berkesan atau tidak. Jika tidak, jangan risau...bukan nya senang nak dapat kombinasi yang sempurna. Anda perlu lah 'trial and error'.

6. Letakkan sekurang-kurangnya satu iklan di bahagian atas website anda. Ini bermakna visitor anda tidak perlu 'scrolling' untuk melihat iklan anda.

7. Gunakan 'section targeting'. Jika halaman-halaman anda terlalu panjang dan mengandungi berbagai topik, adsense susah untuk memadankan iklan-iklan yang sesuai. Kita harus ingat bahawa visitor kita hanya mahu melihat iklan yang relevan dengan maklumat yang ada di website anda.

8. Gunakan Google Heat Map. Baca artikel daripada Google dan cuba untuk mengikuti cadangan2 mereka.

9. Gunakan kata kunci yang bernilai tinggi. Jika boleh, gunakan perkataan yang bernilai tinggi di dalam isi kandungan anda.

10. Tingkatkan trafik ke website anda. Lebih trafik, lebih pendapatan.

No comments: