Custom Search

20.8.08

eBay

Semasa di University, aku selalu menggunakan masa terluang memikirkan cara-cara macam mana nak buat lebih. Takde lah nak buat duit bertimbun...tapi cuma setakat nak cover duit rokok, duit tengok movie....dll. Salah satu yang aku terfikir ialah eBay. Kita beli pada harga yang rendah...pastu jual pada harga yang lebih tinggi. Senangkan?

Sebenarnya tak semudah yang anda pikirkan. Aku mengambil 1 tahun nak master eBay punya sistem. Kita semua tau tentang eBay, ada di antara kita pernah shopping di eBay dan ada juga di antara kita pernah menjual barangan di eBay. Tapi bagaimana untuk kita buat steady income melalui eBay? Ada banyak website kat luar tu yang claim diorang akan membantu anda menjadi kaya overnight melalui eBay...."Start your home business, $20k/month"...

Pengajaran 1: Jauhkan diri anda daripada skim-skim seperti ini.
Sukar untuk dipercayai yang masih ada orang yang tertipu dengan benda2 camni. Sama la juga macam sindiket gores dan menang. 99% daripada 'home business' ni melibatkan pembayaran kepada sindiket dan and pula terpaksa menjual barang2 yang tiada nilai...worthless. Anda tidak boleh menjadi kaya dalam masa sehari. Takde apa2 yang percuma....aku ni boleh juga dikatakan berpengalaman dan berpelajaran...tapi aku pernah juga tertipu dengan skim2 macam..semua nya gara2 nak cepat buat duit!

Pengajaran 2: Jauhkan diri anda daripada "dropshippers".
Dropshipper ni business yang offer barang2 untuk dijual yang anda boleh beli dan kemudiannya diorang akan hantar direct ke customer anda. Dalam erti kata lain....anda beli pada harga rendah dan jual pada harga yang lebih tinggi kepada customer anda. Yang untung nya, anda tak perlu menghantar sendiri barangan tu.

Kebanyakan "dropshippers" adalah sindeket penipuan. Diorang akan terima bayaran tapi tak akan menhantar barangan kepada customer anda. Jangan salah sangka pulak...bukan nya SEMUA "dropshipper" ni penipu. Aku pernah juga deal dengan yang bagus. Cuma masalah nya yang betul2 bagus dan 'genuine' ni akan charge pada harga yang tinggi dan ada juga yang charge bayaran bulanan. Kalau ada volume, baru berbaloi.

Tapi kalau anda sama seperti saya....cuma nak buat side income jer...ini bukan caranya.

Penagajaran 3: Jual hanya kepada "Verified User".
Kalau anda nak jual barangan kepada customer yang tidak dikenali (i.e. anda tak pernah menjual apa2 kat customer ni sebelum ini dan barangan dihantar melalui pos), cara terbaik untuk menerima payment adalah melalui PayPal, dan hanya jual kepada "Verified User" sahaja.

Masalahnya walaupun anda pikir yang masalah ini tidak besar, namun masalah credit card fraud ni memang ada dalam eBay dan PayPal. Saya pun pernah hilang duit melalui eBay dan kisah itu telah memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati. Kalau anda menjual barangan kepada pengguna yang bukan PayPal Verified, PayPal tak akan reimburse anda sekiranya customer tu guna credit card yang telah dicuri. Apabila seorang pengguna itu 'verified', kalau apa2 terjadi, PayPal akan bertanggungjawab.

Semua pengaran ni aku dah tempuh bertahun-tahun. Diharapkan anda akan belajar drpd kesilapan yang dilakukan...

No comments: